Lega, suami terima sumbangan katil

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

REMBIA 30 April – “Tergamam dan seakan tidak percaya apabila dimaklumkan suami akan menerima bantuan katil perubatan kerana kami amat memerlukannya,” kata Hazlina Jaafar, 49.

Suami Haliza, Suhaimi Supian Suri, 49, kehilangan kaki kanan akibat masalah saraf sebelum ini kerap menyatakan hasrat untuk mendapatkan katil berkenaan bagi memudahkan urusan sehariannya.

Haliza yang hilang penglihatan sebelah kiri akibat kanser hidung, berasa amat bersyukur apabila Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tampil menghulurkan bantuan, sekali gus menunaikan hasrat suaminya.

“Pada mulanya apabila terima panggilan daripada Skuad Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) MAIM saya tidak percaya dan terfikir mungkin it adalah ‘scammer’. Saya berhati-hati kerana pernah menerima panggilan mencurigakan sebelum ini.

“Lebih mencurigakan saya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada pihak MAIM, namun selepas dijelaskan mereka mendapat maklumat mengenai suami daripada Japerun, perasaan risau bertukar gembira, memang lega dan berasa lapang.

“Kami suami isteri tidak ada pendapatan tetap, hidup banyak bergantung kepada bantuan, jadi perancangan untuk beli katil kerap terbantut,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Paya Rumput, di sini, hari ini.

Terdahulu Haliza menerima serahan sumbangan katil berkenaan daripada wakil Skuad Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) MAIM.

Menurut ibu kepada lima anak itu, dia berasa lega apabila keluarga mendapat perhatian MAIM dan secara tidak langsung dapat meringankan beban ditanggung mereka.

“Selain bantuan katil perubatan ini, Maim turut menanggung kos dialisis suami dan kami turut mendapat bantuan bulanan.

“Tanpa MAIM dan agensi yang terlibat lain mungkin kami berdepan sedikit kesukaran, alhamdulillah kebajikan saya dan suami terbela selain kami mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

169
Kongsi :
Previous post Melaka komited perkasa sejarah Melaka
Next post Wanita sarat mengandung kejar pencuri sejauh 50 meter
Ubah saiz-+=