
Lelaki dicari bantu siasatan kes sindiket samun dan pecah rumah
KESIDANG 11 Jan – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan pecah rumah serta curi kenderaan di empat negeri susulan penahanan dua suspek di hotel bajet, Jalan Kesidang di sini hari ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, lelaki berkenaan yang menaiki kereta milik ibunya berada di lokasi kejadian dan cuba meloloskan diri ketika serbuan dilakukan.
“Lelaki terbabit adalah Gan Poh Yueh, berusia 35 tahun serta beralamat di Jalan Ong Kim Wee.
“Kita mohon dia tampil menyerah diri di balai polis berhampiran bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan,” katanya ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, Abdul Majid berkata suspek wanita yang ditahan adalah bekas pesakit COVID-19 yang dilaporkan positif di Tangkak, Johor pada Disember tahun lalu.
Katanya, polis akan memohon perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang dipercayai terbabit kegiatan samun dan pecah rumah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Perak esok.
Dalam serbuan jam 12.40 tengah hari tadi, suspek lelaki dan wanita berusia 38 dan 42 tahun itu ditahan di sebuah hotel bajet, Jalan Kesidang di sini yang dijadikan transit persembunyian mereka.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN MASJID DUN AYER LIMAU SEMARAK RAMADAN, SASAR 700 PESERTA TADARUS
AYER LIMAU 19 Februari - Sebanyak sembilan masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau akan menganjurkan pelbagai program kerohanian...
RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN SANTUNI 38 ANAK YATIM RAYSAS
PANTAI KUNDOR 19 Februari - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni penghuni Rumah Anak-Anak...
LEGENDA MUZIK ‘ZAITON SAMEON’ BERSINAR DI BAZAR IKONIK BANDA HILIR
BANDA HILIR 19 Februari - Pada usia 70 tahun, legenda muzik 'Zaiton Sameon' masih memukau dan membuktikan semangat berkaryanya tidak...
20,000 PENGUNJUNG SERBU BAZAR IKONIK BANDA HILIR
Banda Hilir 19 Februari – Bazar Ikonik Banda Hilir mencatat kehadiran 20,000 pengunjung sepanjang tujuh hari pembukaannya sempena cuti panjang...
PACU EKONOMI ANAK MUDA PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 19 Februari - Menggilap potensi anak muda menjadi antara fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput,...
MELAKA JEMPUT PELANCONG RASAI PENGALAMAN IFTAR, KACAU DODOL
BANDA HILIR 19 Februari - Kira-kira 2,000 pengunjung dan pelancong dijangka membanjiri perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir bersempena majlis...
