
Lelaki didakwa bunuh isterinya di rumah
IPOH, 10 Feb – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Kampung Tawas di sini, bulan lepas.
Tertuduh, Ibrahim Abdullah, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian kepada Fatimah Manikam Abdullah, 44, di rumahnya di Lorong Tawas 5, Kampung Tawas antara 26 Jan pukul 10 malam hingga 3.05 petang pada 27 Jan lepas.
Ibrahim didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 13 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan perubatan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...

