
Lelaki lemas cuba selamatkan kereta menggelongsor ke laut
IPOH, 16 Sept – Seorang lelaki lemas apabila cuba menyelamatkan kereta Proton Gen2 miliknya yang menggelongsor ke dalam laut di Teluk Senangin dekat Lumut, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak dalam kenyataan berkata Muhammad Hafiz Ramli, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.
Jurucakap itu berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.34 malam.
“Pihak bomba dimaklumkan oleh orang awam terdapat seorang lelaki terperosok di bawah kereta itu selepas dipercayai cuba menahan kenderaan tersebut daripada masuk ke laut. Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa naik ke tepi pantai sebelum pasukan penyelamat sampai di lokasi,” katanya.
Menurut jurucakap itu, anggota bomba membuat pemeriksaan ke atas kereta dan mencabut kabel bateri kenderaan itu.
Katanya mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi berkenaan ditamatkan kira-kira 1.45 pagi tadi. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DIREMAN EMPAT HARI
JOHOR BAHRU 3 April - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan...
TIADA KES STROK HABA DI MELAKA SETAKAT INI – EXCO
MELAKA 3 April - Tiada kes strok haba direkodkan di Melaka setakat ini meskipun cuaca panas yang melanda ketika ini,...
‘DUA BERITA GEMBIRA SERENTAK’
SUNGAI UDANG 3 April - Dilema akibat bau busuk lebih dua dekad membelenggu penduduk taman perumahan sekitar Pusat Pelupusan Sampah...
KES DENGGI DI MELAKA TURUN 63 PERATUS
TELOK MAS 3 April – Kes demam denggi dilaporkan di Melaka setakat 2 April lalu menunjukkan penurunan ketara dengan mencatatkan...
PEMBANGUNAN LOJI WTE BERPOTENSI LONJAK NILAI HARTANAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 3 April - Nilai hartanah di Sungai Udang berpotensi akan melonjak dengan wujudnya Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang...
‘WELLNESS HUB’ PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT KEPADA RAKYAT MELAKA
TELOK MAS 3 April – Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mampu meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan penduduk negeri ini...
