
Lelaki lemas ketika menjaring ikan
SHAH ALAM, 1 Ogos – Aktiviti tiga sahabat menjaring ikan di Pantai Morib, Kuala Langat, semalam berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas.
Ketua Polis Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12.15 tengah hari berhubung penemuan mayat mangsa.
Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun, telah datang ke pantai itu bersama dua rakan lelakinya dari Gombak untuk menjaring ikan secara berasingan.
“Mereka berjanji untuk berjumpa semula dua jam setelah berpecah. Dua rakan mangsa telah naik ke pantai namun mangsa tidak. Ketika sedang mencari mangsa, dua rakannya melihat orang ramai berkumpul memaklumkan ada orang lemas.
“Dua rakan mangsa kemudian menghampiri mayat itu sebelum mengesahkan ia adalah rakan mereka. Mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” menurutnya dalam kenyataan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TRADISI LIMAU MANDARIN KUKUHKAN SILATURAHIM DI MASJID TANAH
LENDU 14 Februari - Sekotak limau mandarin sebagai tanda ingatan mencipta suasana penuh muhibah di Pekan Masjid Tanah. Inisiatif itu...
MELAKA PILIHAN PEMAJU HARTANAH
PAYA RUMPUT 14 Februari - Peningkatan jumlah syarikat pemaju perumahan yang bertapak di Melaka secara tidak langsung membuktikan negeri ini...
SURI RUMAH DI PAYA RUMPUT ‘DILINDUNGI’
PAYA RUMPUT 14 Februari - Suri rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara golongan yang mendapat...
MELAKA SASAR KADAR PEMILIKAN RUMAH MENINGKAT 88 PERATUS MENJELANG 2030
PAYA RUMPUT 14 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda pemilikan rumah rakyat sebagai keutamaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri...
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...
