
Lelaki miliki heroin berdepan hukuman mati
AYER KEROH 27 Jan – Seorang lelaki disyaki pengedar dadah berdepan hukuman gantung sampai mati selepas ditahan bersama 1.082 kilogram (kg) dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Beruang, jam 4.50 pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superitendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil pemeriksaan di rumah lelaki berusia 38 tahun itu pihaknya merampas dadah disyaki heroin dianggarkan bernilai RM43,000.
“Semakan dijalankan mendapati suspek memiliki 11 rekod jenayah lampau membabitkan dadah, dia juga didapati positif morfin selepas ujian saringan air kencing dilakukan.
“Suspek ditahan reman tujuh hari hingga 2 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini
Zulkiflee berkata, menerusi tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 pihaknya menyita dua buah kereta dianggarkan bernilai RM130,000 daripada lelaki terbabit.
Beliau, memohon kerjasama masyarakat dengan menyalurkan maklumat berhubung aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kejiranan masing-masing
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
MELAKA JADI TUMPUAN GENG ‘BASIKAL LIPAT’
BANDA HILIR 24 Mei - Seramai 616 pemilik basikal lipat berhimpun di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, bagi memeriahkan...
