
LELAKI WARGA EMAS YANG TULAR SERET ANJING DISAHKAN NYANYUK – POLIS
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata lelaki itu, semasa soal siasat mengaku melakukan perbuatan itu terhadap anjing peliharaannya, namun tidak dapat mengingati sebab berbuat demikian.
“Lelaki itu hanya menyedari kejadian tersebut selepas ditahan oleh orang awam semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hanyan anjing berkenaan telah dibawa oleh orang awam ke sebuah klinik haiwan berhampiran dan akan diserahkan kepada pihak veterinar selepas selesai menerima rawatan.
Pemeriksaan juga mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan seekor anjing yang diikat dan diseret di belakang motosikal yang ditunggang seorang lelaki sehingga haiwan itu mengalami kecederaan. Kejadian itu dipercayai berlaku pada 4.30 petang Ahad lepas. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HEBAT TONJOL KOMITMEN TINGGI PBT MELAKA SELESAI ISU RAKYAT
SERI NEGERI 5 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) antara bukti komitmen pelbagai...
YB HELMY AKUI RAMAI MOHON PINDAH DUYONG
SERI NEGERI 4 Februari - Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengakui menerima banyak permintaan daripada orang ramai untuk berpindah...
MELAKA PERKASA ‘RAKYAT DIGITAL’ DI KAWASAN LUAR BANDAR
SERI NEGERI 4 Februari - Program Rakyat Digital Melaka akan terus diperkasakan dengan tumpuan diberikan kepada masyarakat di kawasan luar...
HEBAT: MELAKA TERBUKA TERIMA CADANGAN RAKYAT MAJUKAN PELANCONGAN
SERI NEGERI 4 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk mendengar segala pandangan mahupun cadangan daripada rakyat untuk bersama memajukan...
‘HEBAT’ SEMAKIN DITERIMA, BUKTI KERAJAAN MELAKA SAYANG RAKYAT
SERI NEGERI 4 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) terbukti menjadi platform berkesan...
PUSAT DATA AI PERTAMA DIBANGUNKAN DI MELAKA DENGAN NILAI PELABURAN LEBIH RM9 BILION
SERI NEGERI 4 Februari - Melaka bakal memiliki sebuah pusat data (data centre) berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang pertama di...

