Sorting by

×

LPM DEVELOPMENT, PERTAM BANGUNKAN RUMAH TERES 2 TINGKAT DI BUKIT KATIL

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BUKIT KATIL 25 Disember – Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menerusi anak syarikatnya LPM Development Sdn Bhd memeterai perjanjian usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) bagi membangunkan projek perumahan di Lot 2020, mukim Bukit Katil.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, projek tersebut melibatkan pembangunan 30 unit rumah teres dua tingkat di atas tanah seluas 1.3 hektar.

Menurut beliau, projek perumahan itu bakal ditawarkan pada harga mampu milik, di mana ia memberi tumpuan kepada penjawat awam di Negeri Melaka.

“Projek perumahan ini berada di kedudukan yang amat strategik berhampiran bandar dan dibangunkan di kawasan berdekatan PR1MA Bukit Katil.

“Kita berharap projek ini dapat memberi pulangan baik bukan sahaja kepada pemaju iaitu LPM Development dan PERTAM selaku pemilik tanah, tetapi juga rakyat yang mencari rumah idaman mereka,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Rais menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Di Antara PERTAM dan LPM Development Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Utama PERTAM, di sini.

Usahasama itu dimeterai Pengarah Eksekutif LPM Datuk TPr. Murad Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Yang turut hadir, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

511
Kongsi :
Previous post POLIS BUKA KERTAS SIASATAN ISU PEMALSUAN DOKUMEN PEMAIN WARISAN HARIMAU MALAYA