
LTM (PA) Hanis Farhana sudah tiada…
MELAKA 24 Mac – Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkongsi khabar duka mengenai pemergiaan salah seorang anggotanya yang meninggal dunia, hari ini.
APM Alor Gajah dalam satu kenyataan memaklumkan Leftenan Muda (PA) Hanis Farhana Mohd Zaki, anggota Pejabat Daerah Pertahanan Awam Alor Gajah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taiping, Perak pada jam 3 pagi tadi.
“Seluruh Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) Daerah Alor Gajah menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Lt. Muda (PA) Hanis Farhana Binti Mohd Zaki,” tulis kenyataan itu.
Sebelum ini, Melaka Hari Ini pernah berkongsi kisah kecekalan Allahyarhamah yang tetap meneruskan khidmat bakti bersama APM dan masyarakat meskipun menghidap kanser kolektoral tahap 4.
Allahyarhamah berusia 28 tahun tetap bersemangat meneruskan tugasnya meskipun terpaksa menjalani rawatan kemoterapi di Perak.
24 Mac tahun lalu, Allahyarhamah menjadi antara 40 pegawai dan anggota APM negeri yang dianugerahkan pingat serta sijil penghargaan sempena sambutan Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) ke-70 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ayer Keroh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN TELOK MAS
TELOK MAS 16 Jun – Penganjuran Majlis Malam Lestari Warisan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PELABURAN CIPTA LEBIH BANYAK PEKERJAAN UNTUK ANAK MELAKA
GADEK 15 Jun - Pelaburan masuk ke negeri ini dianggap lebih bermakna apabila anak-anak Melaka mendapat peluang pekerjaan dan membina...
MELAKA CIPTA PELUANG PEKERJAAN BERTARAF TINGGI – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Melaka menjadi perhatian rakyat Malaysia, apabila foto pencari kerja berbaris panjang untuk menghadiri sesi temu duga...
PELARIAN ROHINGYA PERLU PATUH UNDANG-UNDANG, HORMATI RAKYAT TEMPATAN – AB RAUF
GADEK 15 Jun - Kerajaan Melaka mengambil pendirian bertegas dan tidak akan berkompromi berhubung isu pelarian Rohingya terutamanya apabila melibatkan...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM AUTOMOTIF NEGARA
GADEK 15 Jun - Pelaburan baharu yang diterima secara tidak langsung membuktikan bahawa Melaka adalah sebuah negeri yang mempunyai kestabilan,...
INDUSTRI AUTOMOTIF JADI PEMANGKIN EKONOMI UTARA MELAKA
GADEK 15 Jun - Kemudahan mengecat badan kenderaan atau 'painting line' milik EP Manufacturing Berhad (EPMB) sedang dalam fasa pembinaan...

