Lukisan mural ‘Keluarga Malaysia’ hiasi bangunan lama di Banda Hilir

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 23 April – Lukisan mural yang membawakan mesej ‘Keluarga Malaysia’ akan menghiasi bangunan-bangunan lama di kawasan Banda Hilir.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Saa’ri Basiron berkata, sebanyak tiga lokasi baharu telah dikenal pasti bagi menempatkan lukisan-lukisan mural termasuk di kawasan Jonker Street.

Katanya, kesemua mural itu menyerlahkan motif perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India.

“Motif mural itu lebih kepada kebersamaan dengan konsep Keluarga Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh seluruh kaum dalam negara ini.

“Jadi kita bawakan unsur-unsur macam ketupat iaitu melambangkan kaum Melayu, tanglung yang melambangkan masyarakat Tiong Hua dan mural bermotifkan burung merak yang lebih sinonim kepada masyarakat India misalnya.

“Selepas ini kita akan mengenal pasti bangunan-bangunan khususnya di kawasan ‘back land’ untuk kita serikan lagi bangunan-bangunan ini dengan lukisan mural dan menggamit pelancongan,” katanya.

MENGEDARKAN bubur lambuk kepada orang ramai di Jonker Walk.

Beliau berkata demikian selepas majlis gotong-royong dan agihan bubur lambuk sempena Ramadan di Pentas Utama, Jonker Walk.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Wira Gan Tian Loo, Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Sulaiman Atan dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1845
Kongsi :
Previous post Tiga remaja maut berlumba, polis minta ibu bapa pantau anak-anak
Next post Riang Ria Raya rai 80 anak yatim, asnaf dan ibu tunggal
Ubah saiz-+=