
MAIM, Bukit Kenyalang Development meterai perjanjian pembangunan rumah
SERI NEGERI 4 Jan – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Bukit Kenyalang Development Sdn Bhd hari ini memeterai Perjanjian Usahasama (JV) bagi cadangan pembangunan perumahan di negeri ini.
Perjanjian itu disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Bilik Bijasura, Seri Negeri.
Menurut Sulaiman pembangunan perumahan itu melibatkan atas Lot PR 1652 Mukim Ayer Panas Jasin, merangkumi projek rumah banglo satu tingkat, rumah teres satu tingkat, rumah berkembar satu tingkat dan rumah teres dua tingkat.
“MAIM diwakili Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Setiausahanya, Muhammad Ikram Ibrahim, manakala Kenyalang Development Sdn Bhd diwakili dua Pengarahnya, Rex Poh Thian Wei dan Roland Heng Aik Leong,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MUSIM RAYA, MACHAP UMBOO DIBANJIRI PELANCONG
MACHAP JAYA 25 Mei - Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Machap Umboo sentiasa menjadi acara yang dinantikan saban tahun...
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
