
MAIM JEMPUT MUALAF JEJAK TANAH SUCI
AYER KEROH 10 Julai – Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka peluang kepada mualaf Negeri Melaka untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun 2025.
Ia menerusi Program Umrah Mualaf Negeri Melaka 2025 yang memberi ruang kepada mualaf mengerjakan umrah buat kali pertama.
MAIM dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti warganegara Malaysia dan sudah berdaftar dengan mana-mana Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri atau badan berkanun agama Islam di Malaysia.
“Mualaf juga perlu bermastautin di Negeri Melaka sekurang-kurangnya satu tahun, belum pernah menunaikan ibadah Haji atau Umrah, sihat tubuh badan serta memiliki tahap kefahaman asas agama Islam yang baik.
“Permohonan akan ditutup pada 1 Ogos 2025,” jelas kenyataan tersebut.

MAIM memaklumkan, borang permohonan boleh diakses melalui pautan kod QR yang telah disediakan dan untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Balai Islam MAIM di talian 06-3372873.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
JEREBU UJI ‘ABANG RIDER’, PITSTOP JADI TEMPAT BERLINDUNG
BANDARAYA MELAKA 16 Oktober - Ketika jerebu mengaburkan pandangan dan menjejaskan keselesaan, penunggang p-hailing tetap perlu berada di jalan raya demi...
TOK RAUF KERAP TURUN PADANG, PASTIKAN BALAI NELAYAN SIAP IKUT JADUAL
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Perkembangan projek balai nelayan baharu Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, sentiasa dipantau oleh Ketua...
MeSRa: MELAKA PASTIKAN KEMUDAHAN AWAM SELESA, PACU TENAGA MASA DEPAN
AYER KEROH 15 Oktober - Daripada penyediaan ruang rehat khusus untuk pekerja p-hailing hingga pembangunan ladang solar terapung berskala mega,...
