Sorting by

×

MAIM PERUNTUK RM360,000 BANTU RAWATAN BERKALA ASNAF IBNU SABIL

Masa Membaca:54 Saat

PENGKALAN BATU 30 Disember – Sejumlah RM360,000 diperuntukkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menyediakan Bantuan Rawatan Berkala (Luar Negeri) untuk asnaf ibnu sabil.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, bantuan tersebut merupakan antara skim baharu yang diperkenalkan bermula 2026 bagi membantu asnaf memerlukan di negeri ini.

Jelas beliau, bantuan tersebut boleh memanfaatkan seramai 200 asnaf yang memerlukan rawatan di luar Negeri Melaka, contohnya seperti di Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara dan sebagainya.

“Jadi bantuan ini berupa kos pengangkutan dan sebagainya, di mana ia memperuntukkan RM150 kepada 200 asnaf selama 12 bulan.

“Sebelum ini, kita hanya sediakan dalam bentuk bantuan am, tapi bermula 2026, skim khas ini kita perkenalkan untuk membantu kos pengangkutan dan perjalanan asnaf mendapatkan rawatan berkala,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut beliau, selain Bantuan Rawatan Berkala (Luar Negeri), terdapat tiga lagi skim bantuan baharu diperkenalkan MAIM sepanjang 2026.

Jelasnya, tiga lagi skim bantuan baharu adalah bantuan simpanan pelajaran anak asnaf bagi asnaf fakir dan miskin; pembantu amil bagi asnaf amil serta bantuan bina rumah asnaf bagi asnaf miskin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

449
Kongsi :
Previous post SUKMA 2026: MELAKA HIMPUN 66 ATLET DALAM ‘PROJEK EMAS’
Next post ANGGOTA TENTERA CEDERA DALAM LATIHAN PAYUNG TERJUN DI KLEBANG