
BANJIR: 36 PENDUDUK DI SUNGAI RAMBAI DIPINDAHKAN KE PPS
SUNGAI RAMBAI 30 Disember – Seramai 36 penduduk dari dua buah kampung di Sungai Rambai dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran bencana banjir yang melanda selatan negeri ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa ditempatkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu yang dibuka sejak petang semalam.
Katanya, jumlah itu membabitkan lapan buah keluarga dari Kampung Parit Perawas Benteng dan Kampung Tasek Benteng.
“PPS SK Parit Penghulu mula diaktifkan sejak jam 3.45 petang semalam dan setakat 8 pagi ini, seramai 36 mangsa ditempatkan di PPS ini.
“Setakat ini hanya daerah Jasin di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai terjejas dengan banjir iaitu membabitkan dua kawasan, Kampung Parit Perawas Benteng dan Kampung Tasek Benteng,” kata kenyataan itu.
Sementara itu InfoBencanaJKM memaklumkan, daripada keseluruhan mangsa, lima daripadanya merupakan warga emas, manakala 13 lagi merupakan kanak-kanak.
Selain itu, terdapat tiga orang kurang upaya (OKU) turut ditempatkan di PPS sama setakat ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PHONM PENH CROWN JUARA KEJOHANAN PIALA TYT MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Phnom Penh Crown FC (PPCFC) muncul juara Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament...
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
