Manfaatkan pembukaan semula sektor pelancongan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

 

DAK MAT

MULAI 1 Oktober lalu, semua sektor pelancongan negeri ini diberi kebenaran untuk beroperasi semula sejajar peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.

Kebenaran itu ‘bersyarat’ iaitu untuk penduduk Melaka sahaja dan hanya 50 peratus kapasiti pengunjung di setiap premis pelancongan.

Mat cuma nak kata semua pihak termasuk pengiat industri pelancongan mahupun pengunjung, hargailah peluang ini untuk memulihkan kembali industri pelancongan di Melaka.

Yang penting, jangan pandang remeh setiap SOP ditetapkan misalnya memastikan hanya individu yang lengkap divaksin saja dibenar memasuki premis selain penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Apa yang pasti, virus COVID-19 masih wujud di persekitaran kita dan bukan jaminan kita terhindar daripadanya sekalipun diri sudah lengkap divaksin.

Seperti kata Exco Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis, kejayaan pelancongan orang Melaka ini jadi penentu untuk pembukaan kepada pelancong luar Melaka.

Di atas semua ini, Mat berharap pembukaan produk pelancongan seperti Zoo Melaka, muzium, snorkeling, selam skuba, memancing, pusat hiburan keluarga dan taman rekreasi akan memulihkan semula industri pelancongan negeri yang terjejas teruk akibat pandemik.

Gunakan kesempatan ini untuk membawa keluarga atau rakan mengunjungi produk pelancongan dan bagi pelawat dari luar Melaka ‘bersabarlah’, sehingga SOP jelas dikeluarkan untuk melancong ke Melaka.

Dak Mat: Teruja nak naik Menara Taming Sari

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

526
Kongsi :
Previous post Kongsi idea Belanjawan 2022 Negeri Melaka
Next post Anak kembar ungka tangan putih tarikan baru Zoo Melaka
Ubah saiz-+=