Mangsa banjir di Melaka melebihi 200 orang

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MELAKA 3 Mac – Mangsa banjir di Melaka terus meningkat apabila lebih 200 mangsa telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan, setakat jam 8 malam ini, seramai 204 mangsa telah ditempatkan di PPS.

Ia membabitkan 4 PPS yang dibuka iaitu satu di daerah Alor Gajah dan tiga di Jasin.

Menurut kenyataan sekretariat berkenaan, sebuah lagi PPS bakal dibuka di daerah Jasin iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Gantung yang kini dalam proses pendaftaran.

Setakat ini, jumlah mangsa tertinggi direkodkan di PPS ialah di SK Parit Penghulu dengan seramai 138 mangsa daripada 38 keluarga.

Ia diikuti PPS SK Seri Mendapat iaitu seramai 36 orang, PPS SK Chohong (18 mangsa) dan PPS Balai Raya Bukit Tambun seramai 12 mangsa.

Mengikut kenyataan tersebut, jumlah kawasan terjejas banjir turut meningkat iaitu sebanyak 15 kawasan membabitkan sembilan di daerah Jasin dan enam di Alor Gajah.

Antara kawasan yang masih terjejas ialah Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau dalam daerah Alor Gajah.

Manakala daerah Jasin pula membabitkan Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong, Simpang Bekoh, Kampung Tersusun Seri Mendapat, Kampung Parit Penghulu, Kampung Janda Berhias dan Kampung Tasek.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3662
Kongsi :
Previous post Banjir: K’jaan salur bantuan segera RM50 juta kepada Johor – PM Anwar
Next post SPST tingkat mutu pengangkutan awam Melaka – Panorama Melaka
Ubah saiz-+=