Maritim Malaysia tahan bot persiaran beroperasi tanpa lesen di Port Dickson

Masa Membaca:56 Saat

SEREMBAN 1 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan menahan sebuah bot persiaran yang beroperasi tanpa lesen dan insurans di perairan Port Dickson, dua hari lepas.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata bot persiaran dengan 10 penumpang itu ditahan Maritim Malaysia ketika rondaan rutin di kedudukan 0.9 batu nautika Barat Daya, Telok Kemang, di sini kira-kira 7 malam.

“Sewaktu pemeriksaan, bot persiaran tanpa sebarang tanda nama itu didapati gagal mengemukakan sebarang lesen dan insurans yang sah daripada Jabatan Laut Malaysia untuk beroperasi serta membawa penumpang di perairan Telok Kemang.

“Susulan itu, pengemudi dan pemilik bot persiaran dipercayai dari sebuah resort berdekatan itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai terus menghubungi Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kesalahan jenayah dan kecemasan di laut.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

746
Kongsi :
Previous post Tiada parti politik, individu kebal daripada undang-undang – PM Ismail Sabri
Next post PGA9 rampas barangan runcit, kosmetik, tembakau seludup bernilai RM500,000
Ubah saiz-+=