Masjid jadi pusat kembangkan ilmu

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER LIMAU 29 Ogos – Masjid tidak lagi boleh dilihat sebagai sebuah institusi agama dan ibadat semata-mata, sebaliknya perlu diperluaskan menjadi lokasi mengembangkan ilmu kepada penduduk khusus komuniti Muslim setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, menerusi program ilmu dianjurkan ia juga secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Katanya berikutan itu pihaknya menganjurkan Karnival Islamik DUN Ayer Limau (Kalam Ilahi) 2022 di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar, bermula Sabtu dan semalam.

“Pada awalnya kami hanya bercadang untuk anjurkan pertandingan tilawah, namun selepas berbincang dengan pelbagai pihak, semua sebulat suara untuk anjurkan karnival ini yang secara keseluruhan membabitkan 12 acara seperti tilawah kategori wanita dan lelaki, amali solat dan marhaban.

“Saya berasa amat bersyukur kerana lebih 270 peserta mengambil bahagia, ini adalah satu jumlah yang agak besar, sekali gus membuktikan ramai dalam kalangan anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, mempunyai pengetahuan tinggi dan kebolehan dalam hal agama,” katanya ketika ditemui di tapak karnival, di sini, semalam.

Perasmian karnival itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Hameed berkata, antara pengisian lain pada karnival itu adalah Program Bicara Mufti disampaikan Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan pameran daripada agensi Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1437
Kongsi :
Previous post Polis nafi berlaku kegiatan lumba haram
Next post Orang ramai dilarang terbangkan dron pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022
Ubah saiz-+=