
MAYAT BAYI DITEMUKAN DALAM MANGKUK TANDAS STESEN MINYAK DI SABAK BERNAM
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusof Ahmad berkata mayat itu ditemukan orang awam kira-kira 12 tengah hari, namun jantina dan bangsa bayi tersebutĀ tidak dapat dipastikan.
“Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi itu meninggal dunia pada 11.15 pagi.
“Polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang terlibat, dipercayai menyembunyikan kelahiranĀ dengan membuang mayat bayi itu secara sulit,” katanya dalam kenyataan di siniĀ hari ini.
Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi pegawai penyiasat Insp Nor Aimi Liyana Mohd Khairani di 018-2510452Ā bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
TerdahuluĀ tular di media sosial gambar lokasi kejadian dengan dakwaan ada individu melahirkan anak dalam tandas wanita stesen minyak itu sebelum membuang bayinya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
IPOH 6 Jun - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad...
600 PELAJAR POLYCC DITAULIAH PISPA, BERUPAYA BANTU OPERASI KECEMASAN
JASIN 6 Jun - Sebanyak 600 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang ditauliahkan menerusi Program Pasukan Institusi Pertahanan...
WANITA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PARAH KERETA DINAIKI TERBABAS DI LPT2
DUNGUN 6 Jun - Wanita yang cedera putus kaki kiri dalam kemalangan di Kilometer 341.5Ā Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2)...
DUA DITAHAN BERSAMA DADAH RM57.15 JUTA DI MUAR
JOHOR BAHRU 6 Jun - PolisĀ menahan dua warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57.15 juta yang dipercayai...
MRO, HIDROGEN DAN MARITIM ANTARA FOKUS DANA RM50 JUTA TVET 2.0 – AHMAD ZAHID
PUTRAJAYA 6 Jun - Dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan...
POLIS KESAN EMPAT LELAKI DISYAKI CURI KABEL DI MRR2
KUALA LUMPUR 6 Jun - Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di tepi Jalan Lingkaran...
