
MAYAT BAYI DITEMUKAN DALAM MANGKUK TANDAS STESEN MINYAK DI SABAK BERNAM
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Md Yusof Ahmad berkata mayat itu ditemukan orang awam kira-kira 12 tengah hari, namun jantina dan bangsa bayi tersebut tidak dapat dipastikan.
“Pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan bayi itu meninggal dunia pada 11.15 pagi.
“Polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang terlibat, dipercayai menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi itu secara sulit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi pegawai penyiasat Insp Nor Aimi Liyana Mohd Khairani di 018-2510452 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Terdahulu tular di media sosial gambar lokasi kejadian dengan dakwaan ada individu melahirkan anak dalam tandas wanita stesen minyak itu sebelum membuang bayinya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY AJAK PENGUNDI KELUAR AWAL, BIMBANG CUACA JEJAS KADAR KELUAR MENGUNDI
DUYONG 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM MAHU SEMANGAT KEKELUARGAAN TERUS SUBUR DI ASAHAN
ASAHAN 13 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan mahu meneruskan kesinambungan khidmat...
PRN MELAKA: PENGUSAHA TRAK TUNDA HARGAI KEPIMPINAN TOK RAUF
BANDARAYA MELAKA 13 November - Komuniti pengusaha trak tunda (tow truck) di Melaka menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk...
PRN MELAKA: AZRIL JANJI TERUS TURUN PADANG, TANGANI ISU INFRASTRUKTUR REMBIA
REMBIA 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz...
PRN MELAKA: TENGAH MALAM YB ALONG TURUN, KEPRIHATINAN DIKENANG PENDUDUK ASAHAN
ASAHAN 13 November - Keprihatinan Datuk Dr. Fairulnizam Roslan yang sanggup turun padang pada tengah malam menyantuni mangsa ribut amat...
PRN MELAKA: ‘APAPUN LANGGAR SAYA DI DEPAN, SAYA TAHU ORANG DUYONG ADA DI BELAKANG’ – HELMY
DUYONG 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy...
