
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
SEREMBAN, 6 Jan – Mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum, dekat sini, petang tadi (semalam).
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh seorang lelaki berhubung kejadian itu kira-kira 1.50 tengah hari.
“Siasatan awal bahagian jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada kesan atau tanda pada mayat yang ditemukan tanpa pakaian itu yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah.
“Mayat itu kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini pada pukul 5.30 petang tadi untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata kertas siasatan mati mengejut (SDR) akan dibuka dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUKANG JAHIT RUGI RM103,000 DIPERDAYA ‘BOMOH SCAMMER’
KUANTAN 6 September - Seorang tukang jahit kerugian RM103,000 selepas diperdaya ‘bomoh scammer’ yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial. Ketua...
BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH ANAK ASNAF MUALAF DIBUKA
BANDARAYA MELAKA 6 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited menjaga kebajikan asnaf apabila membuka permohonan bagi Bantuan...
569 PEGAWAI, ANGGOTA PDRM DITUGASKAN PADA AMMTC
BANDARAYA MELAKA 6 September - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai...
MAYAT LELAKI DIJUMPAI DI DALAM KERETA DI SUNGAI PETANI
SUNGAI PETANI 6 September - Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir sebuah stesen minyak di...
RAIH PENGIKTIRAFAN ASEAN, BUKTI KOMITMEN MPHTJ
AYER KEROH 6 September - Usaha dan kesungguhan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dalam mengurus persekitaran bandar dengan lebih...
PRODUK USAHAWAN MELAKA BERSINAR DI OSAKA, SEDIA TEMBUSI PASARAN GLOBAL
OSAKA, JEPUN 6 September - Penyertaan Melaka di World Expo 2025 Osaka menjadi medan untuk produk usahawan Melaka bersinar dan...