Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi

Masa Membaca:43 Saat

SEREMBAN, 6 Jan – Mayat seorang lelaki tanpa identiti berusia lingkungan 30-an ditemukan terapung di Sungai Linggi, Kampung Linsum, dekat sini, petang tadi (semalam).

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh seorang lelaki berhubung kejadian itu kira-kira 1.50 tengah hari.

“Siasatan awal bahagian jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan mendapati tiada kesan atau tanda pada mayat yang ditemukan tanpa pakaian itu yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah.

“Mayat itu kemudian diserahkan ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini pada pukul 5.30 petang tadi untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata kertas siasatan mati mengejut (SDR) akan dibuka dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

709
Kongsi :
Previous post COVID-19: Kes harian dijangka cecah 30,000 jika Omicron tidak dibendung – Khairy
Next post Kaji faktor geologi dalam persiap langkah hadapi bencana – Pakar
Ubah saiz-+=