
Mayat seorang lagi nelayan hilang di perairan Pontian ditemukan
JOHOR BAHRU, 4 Jun – Seorang lagi nelayan yang hilang di laut selepas keluar mencari ikan di perairan Barat Pulau Pisang, Pontian pada Khamis lepas, ditemukan lemas di Kuala Sungai Ayer Baloi hari ini.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata mayat Abu Bakar Mohammad, 57, ditemukan oleh nelayan di kawasan sekitar pada 9.30 pagi tadi.
“Mayat mangsa telah dibawa ke jeti nelayan berhampiran. Bagaimanapun (sehingga kini) bot mangsa tidak ditemukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang nelayan Khalid Mohammad, 71, ditemukan lemas di 2.5 batu nautika dari Pantai Kampung Pulai Sebatang, kira-kira 12.45 tengah hari (Jumaat).
Khalid dan Abu Bakar dilaporkan keluar ke laut mencari ikan di perairan tersebut menaiki bot pada Khamis sebelum kedua-duanya gagal dihubungi. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA DESTINASI PELANCONGAN KELUARGA LESTARI 2026
AYER KEROH 22 Disember - Melaka mahu membawa imej destinasi pelancongan keluarga lestari sepanjang 2026 sempena Tahun Melawat Melaka 2.0....
HUJUNG TAHUN MELAKA MERIAH DENGAN PELBAGAI ACARA MENARIK
AYER KEROH 22 Disember - Pelbagai acara menarik dijadual berlangsung selama lima hari bermula 27 Disember ini sempena Sambutan Ambang...
TAN SRI ABU SEMAN TERSENTUH DIHARGAI KETUA MENTERI
LENDU 22 Disember - Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah Tan Sri Abu Seman Yusop terharu dan tersentuh apabila jasanya masih...
1,343 ANAK-ANAK MASJID TANAH TERIMA SUMBANGAN SEKOLAH MAIM
LENDU 22 Disember - Seramai 1,343 anak-anak asnaf di bawah Parlimen Masjid Tanah menerima Bantuan Persekolahan berjumlah RM350 seorang bagi...
RM1.5 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN PROGRAM KOMUNITI, AGENDA LUAR BANDAR SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 22 Disember - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi pembangunan pelbagai program komuniti...
DATANG AMBIL BANTUAN SEKOLAH, BAPA 4 ANAK SEBAK DIUMUM MENANG KERETA
LENDU 21 Disember - Seorang bapa tidak menyangka Kedatangannya ke Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita untuk mengambil bantuan persekolahan anak-anak...
