Sorting by

×

Trak WoW bantu promosi kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 4 Jun – Bagi memudahkan rakyat mendapat maklumat dan informasi sahih berkaitan kesihatan, trak Wellnes on Wheel (WoW) akan digerakkan ke seluruh pelosok negeri ini.

EXCO Kesihatan Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, trak WoW adalah fasiliti yang menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara mobile yang mudah diakses serta dekat dengan komuniti.

Beliau berkata, dengan adanya trak ini ia akan memudahkan aktiviti yang berkaitan dijalankan di merata tempat dengan cepat dan mudah.

“Hari ini maklumat semua boleh dapat dari media sosial tetapi sama ada maklumat itunsahih atau tidak perlulah disahkan oleh yang pakar. Trak WoW ini akan berperanan sebagai pusat kesihatan yang kita gerakkan di setiap pelusuk kampung.

“Trak ini membabitkan kos kira-kira RM200,000 dan akan mula digerakkan pada 19 Jun depan bermula di Merlimau. Jadi hari ini rakyat tidak perlu lagi ke klinik untuk dapatkan maklumat, kita datang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Trak Wellnes On Wheel (WOW) yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Rusdi Abd Rahman di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, hari ini.

Dr Muhamad Akmal berkata, walaupun kenderaan ini umpama trak menjual makanan namun ia akan mempromosikan hal berkaitan kesihatan.

“Trak ini dilengkapi dengan platform, bahan pameran dan juga sistem hebahan.

“Selepas ini rakyat Melaka akan dapat melihat trak ini di jalan raya dan tempat-tempat aktiviti promosi kesihatan di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1593
Kongsi :
Previous post Mayat seorang lagi nelayan hilang di perairan Pontian ditemukan
Next post Bekalan ayam mencukupi sempena Aidiladha
Ubah saiz-+=