MBMB BINA PARIT MONSUN, ‘FLAP GATE’ ATASI BANJIR KAMPUNG PULAU KELAPA

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

PERINGGIT 2 September – Penduduk Kampung Pulau Kelapa, kini mampu menarik nafas lega apabila masalah banjir kilat menghantui mereka sejak puluhan tahun lalu berjaya ditangani menerusi projek menaik taraf sistem perparitan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

WhatsApp Image 2026 09 02 at 2.53.38 PM
PENGERUSI JPKK Peringgit Datuk Sapri Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peringgit, Datuk Sapri Abdullah berkata, banjir berlaku sebelum ini amat seriusΒ berikutanΒ  paras air direkodkan pernah mencecah paras pinggang.

“Sebelum ini jika berlaku hujan lebat lebihΒ  satu jam,Β  kampung kami pasti akan banjir, namun selepas MBMB melakukan kerja naik taraf sistem perparitan termasuk pemasangan pam air bencana itu dapat ditangani dan memberi impak positif kepada lebih 200 penduduk.

“Mungkin selepas ini jika banjir berulang bukan lagi disebabkan masalah longkang, tetapi faktor alam seperti taburan hujan terlalu tinggi seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Kelapa, hari ini.

WhatsApp Image 2026 09 02 at 2.53.02 PM (1)
HANIFAH WAHAB.

Sementara itu, penduduk Kampung Pulau Kelapa Hanifah Wahab, 77, meluahkan perasaan syukur apabila MBMB mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah banjir yang sekian lama menghantui mereka.

“Alhamdulillah, MBMB datang membantu, longkangΒ  sudah dilebarkan dan sekarang sudah tidak banjir lagi seperti sebelum ini. Dalam setahun berlaku tiga kali banjir, kesemua empat bilik dalam rumah saya dimasuki air.

“Dulu kalau hujan memang kami tidak senang duduk, hati berasa tidak tenang, namun sekarang sudah boleh menarik nafas lega.Β  Sekarang tinggal kenangan sahaja, kenangan banjir, kenangan pahit dan kenangan menangkap ikan ketika banjir,” katanya.

Antara projek naik taraf dilaksanakan MBMB membabitkan pembinaan tembok jenis, reinforced concrete (RC) wall’ di sepanjang 650 meter parit monsun selain menaik taraf sistem perparitan discaj keluar dari kawasan kampung ke parit monsun.

Turut dilaksanakan pemasangan ‘flap gate’ di setiap parit discaj serta pam air bagi membantu melancarkan aliran keluar air dan mengurangkan risiko berlakunya banjir kilat dengan anggaran kos RM1.7 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

328
Kongsi :
Previous post MAIM SAMBUNG BANTUAN, PASTIKAN KEBAJIKAN SEMBILAN BERADIK TERBELA