
MBMB gesa SWCorp selesai isu pengelenggaraan segera
AYER KEROH 18 Julai – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah menggesa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) agar peka dengan permasalahan penduduk di negeri ini.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, pihaknya menyarankan permasalahan itu diselesaikan berikutan terlalu banyak laporan diterima pihaknya berhubung perkara terbabit.
Ujarnya, ramai yang keliru dengan perkara ini sehingga menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung masalah sampah dan rumput sedangkan ia diselia oleh syarikat konsesi yang diuruskan agensi itu.
“Kita memang terima banyak laporan berhubung perkara itu dan tindakan akan diambil oleh SWCorp namun ramai yang masih keliru dengan pengurusan ini,”katanya.
Berhubung masalah rumput yang tidak diselenggara di sekitar Taman Perindustrian Bukit Rambai, pihaknya menegaskan SWCorp perlu peka dengan permasalahan yang berlaku itu.
Katanya, ia perlu diselesaikan segera berikutan laporan diterima ia tidak diselenggara dengan sebaiknya.
“Kita harap SWCorp mainkan peranan dalam menguruskan permasalahan ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).
Views:
Related

Berita Lain
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...
‘RUMAH KEK’ KAMPUNG LANJUT MANIS
PAYA RUMPUT 14 Mac – Bermula dengan percubaan kecil di dapur ketika masih menuntut pada usia 20 tahun, Ainin Tasnim...
KITARECYCLE MELAKA KUMPUL LEBIH 800 TAN SISA KITAR SEMULA
KLEBANG 13 Mac - Program KITARecycle yang dilaksanakan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) merekodkan kutipan lebih 800 tan barangan...
BELUM TERLAMBAT RASAI SUASANA IFTAR DI HOTEL MITC
AYER KEROH 14 Mac - Walaupun sudah menghampiri penghujung Ramadan, orang ramai masih boleh menikmati sajian bufet Ramadan di Hotel...

