MDDNM ambil inisiatif pasang 2,000 AED di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

ALOR GAJAH 4 Jun – Kira-kira 2,000 alat defibrilator luaran automatik (AED) akan dipasang di tempat-tempat awam di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negeri ini.

Timbalan Presiden Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) Datuk Wira Ir Dr Ahmad Zaini Mohd Amin berkata projek menyediakan alatan tersebut dipelopori oleh MDDNM.

Katanya, AED itu merupakan inisiatif dan langkah terpantas bagi membantu untuk menyelamatkan mangsa jika terkena serangan jantung di tempat awam.

“Projek ini telah mendapat kelulusan dari Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan projek AED ini sekaligus dapat mewujudkan komuniti masyarakat yang sihat khususnha kepada rakyat negeri Melaka.

“Menerusi projek ini juga seramai 840 orang awam akan dilatih membuat latihan CPR (bantuan pernafasan) dan menggunakan alatan AED sekiranya berlaku kejadian tidak diingini melibatkan serangan jantung di tempat awam.

“Alatan AED ini akan dipasang di masjid, tempat ibadah, pejabat JAPERUN, kawasan sukan, tempat riadah, pasaraya dan hotel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas Kejohanan Golf Amal 2022 MDDNM Piala Tan Sri Ahmad Nordin hari ini.

Timbalan Presiden Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) Datuk Wira Ir Dr Ahmad Zaini Mohd Amin

Dalam kejohanan itu juga turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari dan Presiden MDDNM Datuk Wira Jahaya Mat.

Dalam kejohanan itu seramai 117 peserta daripada seluruh negara termasuk Singapura.

Ujarnya, kejohanan golf itu bagi mengutip dana bagi melaksanakan projek pemasangan AED di 28 DUN dalam negeri Melaka.

“Sehingga kini, kejohanan amal itu telah mencecah sehingga RM100,000 dan pihak MDDNM telah mensasarkan untuk mengutip sehingga RM1.5 juta bagi merealisasikan projek AED yang dijangka dipasang di semua 28 DUN dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1623
Kongsi :
Previous post JKN sasar 55 peratus kes pembebedahan tertunggak diselesaikan hujung tahun
Next post Pusat latihan ketiga MPI di Cyberjaya dijangka beroperasi Ogos
Ubah saiz-+=