Melaka angkat keunikan Baba Nyonya ke UNESCO

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 November – Melaka akan mengangkat keunikan Baba Nyonya sebagai salah satu warisan tidak ketara yang diiktiraf dunia.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan berkata, antara yang diberi tumpuan ialah pakaian tradisi Baba Nyonya iaitu kebaya untuk diiktiraf Pertubuhan Pendidikan Saintik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Ia ujarnya, sekali gus menjadikan Melaka dan Malaysia bersama empat lagi negara serantau iaitu Brunei, Thailand, Indonesia dan Singapura akan menghantar permohonan bersama.

Zaidi yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menjelaskan, tujuan mengiktiraf kebaya Baba Nyonya adalah untuk mengangkat martabat masyarakat berkenaan yang cukup sinonim dengan Negeri Melaka.

“Bukan hanya bangunan atau sempadan bersejarah, bahkan kita mahu pergi lebih jauh dalam aspek warisan seni dan budaya untuk diangkat ke UNESCO.

“Selepas mendapat pengiktirafan dalam dondang sayang, kita kini menuju pula kepada etnik atau masyarakat yang mempunyai seni warisan tidak ketara seperti Baba Nyonya untuk diiktiraf dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya Ke-34 yang disempurnakan Ketua Menteri di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Lim Ban Hong; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Sa’ari Basiron dan Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Datuk Ronald Gan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

997
Kongsi :
Previous post Banjir: Melaka buka satu pusat pemindahan
Next post Kanak-kanak lelaki 2 tahun hilang dikhuatiri jatuh longkang
Ubah saiz-+=