Sorting by

×

MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 24 Mac – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK) sepanjang tahun 2026 membabitkan pelbagai lokasi di seluruh negeri ini.

Pengarah SKM negeri, Mustafa Kamal Mohd Nor berkata, daripada jumlah itu, 12 program akan dilaksanakan di premis koperasi yang mempunyai kedai runcit.

Bakinya pula, ujar beliau SKM negeri akan melaksanakan JMK di perkarangan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

“Setiap bulan, siri program JMK akan diadakan satu atau dua kali di lokasi berbeza dengan setiap program premis di bawah koperasi akan menerima subsidi RM2,000 bagi membolehkan penurunan harga barangan keperluan sehingga 20 peratus.

“Secara keseluruhan, kos pelaksanaan JMK dianggarkan RM100,000 dan konsepnya sama seperti Jualan Rahmah, namun dilaksanakan melalui koperasi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Jelas beliau, sehingga Mac, pihaknya telah melaksanakan empat siri program JMK yang mana bakinya akan diadakan setiap bulan sepanjang tahun ini.

“Kita harapkan dengan penganjuran siri program JMK ini dapat memberi manfaat penjimatan kepada pengguna sekali gus merancakkan perniagaan koperasi tempatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

371
Kongsi :
Previous post PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
Next post (KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026