Melaka garis lima keutamaan pacu pembangunan, ekonomi rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

KUALA LUMPUR 21 Jan – Kerajaan Melaka menggariskan lima perkara keutamaan negeri itu untuk dinilai dan seterusnya diluluskan kerajaan persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, lima perkara itu ialah Pembangunan Melaka Waterfront Economic Zone (MWEZ), Memperkasa Sektor Pelancongan serta Penjajaran Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Selain itu, menurut beliau, Pembasmian Kemiskinan turut terkandung sebagai keutamaan selain turut menyenaraikan 18 ‘wish list’ Kerajaan Negeri Melaka.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hadir pada Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), hari ini.

“Kehadiran ramai delegasi dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada sesi ini diharapkan dapat berkongsi dan membuat hebahan mengenai kandungan RMKe-12.

“Pada masa sama ia juga dapat membincangkan secara menyeluruh mengenai cadangan projek-projek keutamaan yang bakal diangkat pada fasa RP3, RMKe-12 kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan Melaka, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Jelas Sulaiman, sesi ‘roadshow’ itu merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Melaka yang bakal diangkat sebagai pelan strategi untuk model pembangunan Melaka.

Dalam pada itu, beliau mewakili kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelulusan bagi pelaksanaan projek-projek di bawah Rolling Plan (RP) 1 dan 2 bagi tahun 2021.

Sulaiman berkata, bagi RP1 tahun 2021 kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM351 juta, manakala pada tahun ini sebanyak RM574 juta telah diluluskan pada RP2.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

911
Kongsi :
Previous post MCA siap siaga hadapi PRN Johor – Wee Ka Siong
Next post COVID-19: Grand Lexis, Lexis Port Dickson ditutup dua hari
Ubah saiz-+=