Melaka gerakkan 100 penguatkuasa KPDNHEP pantau harga barang

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

PENGKALAN BATU 7 Dis – Seramai 100 pegawai termasuk penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri digerakkan bagi menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan membabitkan harga barangan di seluruh negeri.

Exco Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata, pasukan itu digerakkan setiap hari seawal jam 4 pagi hingga 10 malam di lapangan membabitkan pemeriksaan di ladang, pengeluar hinggalah ke peruncit.

Beliau berkata, tindakan ini abagi mengekang kenaikan harga dan mengesan tindakan pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Mereka ini dibahagikan mengikut kumpulan dan akan digerakkan secara penggiliran setiap hari termasuk pada cuti umum. Untuk kami tiada istilah untuk cuti sekejap.

“Kita akan bergerak ke semua rantaian dari ladang, penternak, peladang, pemborong, peruncit sehinggalah ke pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Walkabout dan Perasmian Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) Peringkat negeri yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP negeri Norena Jaafar, hari ini.

HEE Sem (kiri) merasmikan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) Peringkat negeri Melaka.

Menurut beliau, sejak Januari hingga semalam, KPDNHEP hanya menerima enam aduan membabitkan kenaikan harga telur dan ayam manakala untuk sayur tiada.

“Semakan mendapati harga jualan ayam paling tinggi di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan harga RM9.90 sekilogram dan mereka sudah diberikan notis pemakluman,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut beliau berkata, SHMKM berkuatkuasa bermula hari ini sehingga 31 Disember membabitkan kawalan harga 12 barangan termasuk telur dan beberapa jenis sayuran.

“Diharap langkah ini akan berjalan lancar dan membantu menstabilkan harga barangan di pasaran selain senarai barangan akan dikaji secara berterusan dan akan ditambah atau digugurkan berdasarkan penilaian situasi pasaran.

“Manakala bagi sayur, harga kawalan akan ditentukan di peringkat borong dan runcit. Semua pihak diseluruh rantaian bekalan daripada kalangan pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual diingatkan mematuhi harga skim sekiranya tidak tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1065
Kongsi :
Previous post Paul Yong diperintah bela diri tuduhan rogol pembantu rumah
Next post Solusi isu banjir di Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bistari
Ubah saiz-+=