Sorting by

×

MELAKA HALAL HUB BANTU USAHAWAN BERKEMBANG

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

SERKAM 4 Ogos – Melaka Halal Hub Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Melaka (MCORP), terus memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan usahawan industri halal, sekali gus menggalas misi menjadikan Negeri Melaka sebagai hab halal yang terkemuka di Malaysia.

Inisiatif tersebut turut disahut oleh usahawan halal yang telah bertapak di kawasan industri di bawah seliaan Melaka Halal Hub Sdn Bhd, yang optimis mahu mengembangkan perniagaan halal di seluruh pelusuk negara amnya.

Bagi Eksekutif Pemasaran dan Jualan Perap 99 Aqil Sdn Bhd, Muhammad Irfan Lukman, pihak pengurusan tertinggi syarikatnya itu amat memandang tinggi potensi industri halal negara yang disifatkan sebagai peluang keemasan bagi mengembangkan lagi produk mereka.

“Aqil Sdn Bhd bermula pada tahun 2019 dan pihak Melaka Halal Hab banyak membantu kami dari segi penglibatan di beberapa program yang besar seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA), Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan pelbagai lagi.

“Paling mustahak, fasiliti yang ditawarkan di Melaka Halal Hub amat bertepatan dengan penghasilan produk daging perap kami, malah mereka turut tawarkan kami kelas berkaitan halal sekali gus membuka mata kami mengenai betapa pentingnya garis panduan halal dan potensi memasuki pasaran di seluruh pelusuk negara,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6080104576830260622
AZIZUL Hakim mengusahakan produk belacan dan cencaluk dan beroperasi di Melaka Halal Hub Sdm Bhd. Foto Afiq Mustaffa

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hanuris Food Industry Sdn Bhd, Azizul Hakim Md Arshad memaklumkan, syarikatnya tertarik dengan pelbagai tawaran disediakan Melaka Halal Hub yang turut memberikan bimbingan serta kursus berkaitan industri halal.

Jelasnya, sebagai pengusaha produk belacan dan cencaluk, bantuan yang diberikan sangat membantu para usahawan untuk terus maju dan berkembang.

“Sebelum ini saya bermula secara kecil-kecilan, namun selepas saya mendapat maklumat bahawa Melaka Halal Hub tawarkan fasiliti kilang beserta bimbingan dan kusus halal, saya ambil keputusan untuk menyewa di sini.

“Pada awalnya, ia adalah satu keputusan yang sukar untuk berpindah di sini, tetapi alhamdulillah perniagaan saya semakin maju dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Melaka Halal Hub kerana tidak putus-putus memberikan bimbingan serta membuka mata saya mengenai potensi pasaran halal,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

482
Kongsi :
Previous post KAYU GAHARU, KAYU KARAS LEBIH RM100 JUTA DIRAMPAS
Next post SAMAN SERTA-MERTA JIKA BUAT PUSINGAN U HARAM – JPJ MELAKA