Melaka mahu jadi ‘kilang’ pengeluaran jurulatih judo

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

MALIM 8 Mei- Melaka menyasarkan untuk menjadi pusat dalam melahirkan jurulatih seni bela diri bertaraf antarabangsa menerusi sukan seni bela diri judo.

EXCO Belia, Sukan dan NGO negeri, V P Shanmugam berkata perkara itu tidak mustahil kerana Melaka mempunyai pakar judo bertaraf dunia yang melatih atlet-atlet untuk menempah nama di persada antarabangsa.

Katanya, seiring dengan usaha itu kerajaan negeri akan membantu menyediakan tempat latihan yang kondusif selain menjaga kebajikan atlet.

“Melaka menyasarkan untuk menjadi pusat pengeluaran jurulatih seni bela diri khususnya judo kerana jurulatih yang sedia ada di negeri ini telah melatih atlet yang juga jurulatih sukan judo ke persada antarabangsa.

“Seperti di Persatuan Judo Negeri Melaka, dua atlet Ong Kun Xiong dan Tan Woon Kiat akan yang akan membawa nama negara di Sukan Sea Hanoi, Vietnam. Mereka berdua juga merupakan jurulatih di persatuan ini.

“Jadi, seiring dengan apa yang disasarkan kerajaan negeri juga akan berusaha untuk menyediakan tempat latihan yang kondusif sebagai usaha dalam meningkatkan pelancongan sukan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Latihan Persatuan Judo Negeri Melaka di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM), Mahathir Mustafa.

EXCO Belia, Sukan dan NGO negeri, V P Shanmugam

Dalam sesi lawatan itu juga Shanmugam bersama wakil dari MSNM turut memberikan sedikit saguhati serta kelengkapan sukan tersebut kepada dua atlet yang akan mewakili Malaysia di Sukan Sea di Hanoi Vietnam.

Mengulas lanjut, Shanmugan berkata untuk sasaran pingat, beliau mengharapkan sekurang-kurangnya satu pingat dapat dibawa pulang ke Melaka menerusi sukan seni bela diri itu.

Tambahnya, beliau turut berharap sukan berdisiplin tinggi itu dapat berkembang di Melaka dan pelbagai masyarakat dapat mempelajari sukan seni bela diri itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1358
Kongsi :
Previous post Dua parah kenderaan bertembung
Next post Ketua Menteri: Dakwaan Sulaiman dipaksa tandatangan surat letak jawatan tidak berasas
Ubah saiz-+=