Sorting by

×

MELAKA RIVER CRUISE PECAH REKOD 6,500 PENGUNJUNG SEHARI

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Jun – Produk pelancongan ikonik, Melaka River Cruise berjaya melakarkan rekod baharu jumlah pengunjung sempena cuti panjang kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, rekod baharu itu dicapai pada 31 Mei 2026 (Ahad) apabila mencatat 6,500 pengunjung dalam sehari.

Menurutnya, pencapaian itu secara tidak langsung membuktikan pelayaran menikmati keindahan sejarah, budaya dan Bandaraya Warisan Dunia menelusuri Sungai Melaka terus menjadi pilihan ramai.

“Pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk kami terus memberikan perkhidmatan terbaik dan pengalaman yang lebih menarik kepada setiap pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.

710331540 1550707870174329 7182796250041555922 n

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata, Melaka sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan dan tawaran bermacam-macam produk pelancongan yang ada di negeri bersejarah ini.

Justeru, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara kerana memilih Melaka River Cruise sebagai destinasi wajib dikunjungi ketika bercuti di Melaka.

“Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Kami menantikan kunjungan anda sekali lagi ke Melaka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi tawaran istimewa yang menanti pengunjung Melaka River Cruise sepanjang cuti sekolah iaitu promosi pakej air kelapa bagi setiap pembelian lima tiket.

Tidak hanya itu, beliau memaklumkan, bersempena Melaka Bila Larut Malam edisi Jun 2026 pada 6 Jun ini pelbagai lagi tawaran istimewa berupa promosi menarik dan kejutan eksklusif menanti pengunjung.

Malah, istimewa sempena Melaka Bila Larut Malam, pengunjung yang memakai busana etnik Melaka berpeluang menaiki Melaka River Cruise secara percuma.

“Paling menarik dan ditunggu-tunggu, sudah tentulah Cabutan Bertuah Melaka River Cruise yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta dan pelbagai hadiah menarik lain bagi pembelian tiket RM70 dan ke atas,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

492
Kongsi :
Previous post WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN FOKUS DENGAR SUARA RAKYAT