Sorting by

×

MELAKA RIVER CRUISE TAWAR HADIAH CABUTAN BERTUAH RM100,000

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Pelbagai hadiah menarik keseluruhan berjumlah RM100,000 ditawarkan kepada pengunjung bertuah Melaka River Cruise sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, program cabutan bertuah itu adalah antara inisiatif dilaksanakan untuk menghargai sokongan berterusan pengunjung terhadap produk kendalian perbadanan itu.

Shaharul berkata, pengunjung dan pelancong berkunjung ke negeri ini bukan sahaja dapat menikmati keindahan Sungai Melaka tetapi turut berpeluang membawa pulang sebuah Perodua Bezza yang ditawarkan sebagai hadiah utama.

“Menerusi program Cabutan Bertuah Melaka River Cruise ini pelbagai lagi hadiah lain ditawarkan yang antaranya adalah skuter, televisyen pintar, telefon pintar, pakej percutian serta barangan elektrik.

“Pengunjung hanya perlu membeli tiket bernilai RM70 dan ke atas untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah ini sebelum tarikh tamat pada 25 Disember 2026,” katanya.

Menurut Shaharul Azuar, inisiatif dilaksanakan PPSPM selari dengan sambutan Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia.

“Sesi cabutan bertuah ini akan dilakukan pada setiap suku tahun, namun cabutan bagi hadiah utama iaitu Perodua Bezza akan dilakukan pada hujung tahun.

“Inisiatif program cabutan bertuah ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pengunjung malah membantu meningkatkan lagi kehadiran pelancong ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

353
Kongsi :
Previous post LEBIH 10,000 TETAMU MERIAHKAN JAMUAN AIDILFITRI DUN AYER LIMAU
Next post DARIPADA RAKYAT UNTUK RAKYAT, PARAKOM CERMINAN MeSRa