
Melaka sumbang RM201,000 bantu rakyat Palestin
SERI NEGERI 18 Jun – Kerajaan Melaka telah menyalurkan bantuan berjumlah RM201,000 bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bantuan itu akan disalurkan terus kepada Malaysian Medical Relief Society atau MERCY Malaysia sebagai tanda prihatin kerajaan negeri.
Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan negeri turut melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin Negeri Melaka dalam usaha untuk menyalurkan sumbangan berterusan bagi membantu saudara Islam di sana.
“Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga telah bersetuju untuk menyumbang elaun kehadiran Mei 2021 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Negeri Melaka,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...

