
Melaka terus catat peningkatan kes jangkitan COVID-19 harian
AYER KEROH 24 Mei – Melaka merekodkan jumlah kes positif COVID-19 harian tertinggi hari ini membabitkan 329 kes.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, peningkatan mendadak itu antara lain disumbangkan daripada dua kluster baharu membabitkan tempat kerja.
Antara penyumbang terbesar ialah Kluster Industri Pengkalan Balak yang diumumkan hari ini, iaitu membabitkan sebuah kilang yang merekodkan 146 kes positif.
Selain itu, satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Usaha Tujuh pula merekodkan 38 kes positif setakat ini.
“Kluster Industri Pengkalan Balak di daerah Alor Gajah yang merekodkan 146 kes positif dipercayai mula merebak daripada komuniti sebelum menjangkiti pekerja di tempat kerja berkenaan.
“Kluster Jalan Usaha Tujuh di daerah Melaka Tengah juga dipercayai mendapat jangkitan dalam komuniti sebelum merebak ke tempat kerja,” kata kenyataan tersebut.
Penambahan kes baharu itu menjadikan seramai 1,630 kes masih dirawat di negeri ini dengan 55 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 15 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Selain itu, terdapat enam kematian lagi direkodkan hari ini, menjadikan angka kematian di negeri ini mencecah 50 orang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PARAS 3 EMPANGAN MELAKA MASIH STABIL, BELUM ADA KEPERLUAN CATU AIR
DURIAN TUNGGAL 9 Februari - Kerajaan Negeri beri jaminan bahawa bekalan air di seluruh negeri ini berada di tahap selamat...
KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164...
BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Selepas hampir dua dekad Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif sumbangan perayaan, sekali gus membuktikan nilai...
SLOGAN MESRA BUKAN SEKADAR ATAS KAIN RENTANG
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Menjaga kebajikan rakyat bukan hanya slogan semata-mata, tetapi bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MBMB PANTAU ISU PARKIR BAZAR AIDILFITRI
AYER KEROH 9 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempertingkat pemantauan pengurusan parkir kenderaan di kawasan Bazar Aidilfitri...
MELAKA ANGKAT ‘IDEA BERANI’ ANAK MUDA – KM
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan idea anak muda sebagai penanda aras kepada lebih banyak program riadah...
