Melaka tidak larang ibu bapa bawa anak ke bazar Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MERLIMAU 6 April – Kerajaan negeri tidak menguatkuasakan larangan membawa anak kecil ke bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di negeri ini, kata EXCO Kesihatan Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh.

Katanya, tiada halangan untuk ibu bapa membawa anak mereka bagi merasai kemeriahan suasana Ramadan dan Aidilfitri memandangkan tahun ini lebih banyak kelonggaran diberikan.

Meskipun begitu, beliau tetap meminta ibu bapa agar sentiasa cakna terhadap aspek kesihatan dan keselamatan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Saya percaya sudah hampir dua tahun setengah kita dengan pandemik COVID-19 dan sekarang sudah masuk fasa (peralihan) endemik, semua sudah tahu apa yang hendak dilakukan.

“Di pihak kerajaan negeri, kita tidak menghalang kanak-kanak untuk di bawa ke bazar Ramadan, itu terpulang kepada ibu bapanya asalkan mereka mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Katanya lagi, tiada keperluan untuk menguatkuasakan larangan sedemikian memandangkan mungkin ada dalam kalangan ibu bapa berdepan kesukaran seperti tiada siapa boleh menjaga anak di rumah bagi membeli juadah berbuka puasa.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, menasihatkan ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19 walaupun negara sudah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Katanya, kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai adalah suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

506
Kongsi :
Previous post Vidakovic dedah punca Melaka United longlai
Next post Ketua jabatan bertanggungjawab laksana perintah mahkamah kes tuntutan nafkah
Ubah saiz-+=