Mesin waktu Pekan Brisu

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TABOH NANING 15 Julai – Boleh dikatakan di serata ceruk Negeri Melaka, rancak dengan pembangunan, namun bagi mereka yang mengunjungi Kedai Kopi Baba di Pekan Brisu, di sini, masa di rumah kedai dua tingkat itu umpama terhenti.

Bukan disebabkan kemunduran, atau tidak mendapat perhatian kerajaan, sebaliknya suasana sekitar era 60-an itu sengaja dikekalkan oleh pemiliknya Lok Moi, 75.

Bangunan kayu dianggarkan berusia lebih 100 tahun kelihatan usang ditambah dinding yang kusam mungkin menyakitkan mata bagi orang luar, namun premis itu sebenarnya menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk ‘mengeteh’ atau ‘mengopi’.

Set perabot tidak berganti selain cawan bersama piring bercorak bunga masih digunakan sampai sekarang, membangkitkan lagi suasana seperti zaman sebelum kemerdekaan.

BANGUNAN TERHENTI 6
ANTARA menu tumpuan Kedai Kopi Baba.

Nikmat secawan kopi ‘kaw’ bersama roti dibakar menggunakan dapur kayu arang menyebabkan pelanggan terus ketagih untuk terus ke kedai diusahakan Moi.

Moi yang kini meniti usia senja tetap bersemangat meneruskan perniagaan itu, baginya apa yang dilakukan adalah mengulangi semua detik dan memori indah ketika bersama mendiang suaminya yang membuka kedai usang terbabit 50 tahun lalu.

Kedai Kopi Baba beroperasi setiap hari kecuali hujung minggu hanya menjual minuman dan roti bakar, sementara itu nasi lemak, mi goreng dan kuih muih dihantar penduduk yang mahu mencari pendapatan tambahan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1474
Kongsi :
Previous post Kerajaan Perpaduan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat – PM
Next post Perhalusi kaedah lain bela kebajikan veteran ATM
Ubah saiz-+=