Mesti ada parti teras tubuhkan kerajaan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 10 Nov – Barisan Nasional (BN) menegaskan sesebuah kepimpinan parti perlu mempunyai teras tersendiri untuk mentadbir negeri.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia bagi memastikan supaya tidak timbul isu sehingga mengheret rakyat menjadi mangsa keadaan.

“Kita terbuka tetapi seperti saya sebut kita mesti jadi ada suatu parti teras yang boleh menubuhkan kerajaan.

“Kalau kita nak ada satu kestabilan politik, kestabilan kerajaan, mesti parti teras itu sendiri boleh tubuhkan kerajaan kerana kita tidak mahu pada setiap ketika ada orang yang sentiasa mengugut dan mengancam untuk menarik sokongan dan akhirnya kerajaan akan jatuh semula.

“Rakyat juga yang akan susah, jadi sy harap kepada semua pengundi di Melaka 20 Nov ini bagilah, pilih lah parti yang telahpun terbukti nanti rakyat yang akan menjadi mangsa..rakyat yang diheret dalam isu politik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Manifesto Barisan Nasional:Kestabilan Demi Kemakmuran di Taman Botanikal di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata BN sudah mempunyai ‘track record’ yang lama dan tiada isu untuk parti ini terus mentadbir Melaka.

“Kita dah ada kita punya ‘track record’ yang lama dan bagi kepada satu parti teras iaitu BN untuk mentadbir Melaka…kalau ada rakan-rakan yang mahu bersama dengan kita ‘no issue’ (tiada isu).

“Lebih ramai lagi baik, tetapi kita tidak mahu wujud satu keadaan di mana kita kerajaan sentiasa diugut setiap hari, setiap hari setiap pagi ketua menteri bangun tidur dia memikirkan sama ada dia masih ada lagi majoriti ataupun tidak, itu tidak baik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

377
Kongsi :
Previous post Saya tidak mahu jawab – Kamarudin
Next post BN yakin menang PRN Melaka
Ubah saiz-+=