
Mesyuarat khas Parlimen bincang isu banjir 20 Jan – PM
KUALA LUMPUR, 6 Jan – Satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan pada 20 Jan ini, untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesi khas itu merupakan platform terbaik untuk ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.
“Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Ia bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata pelaksanaan Mesyuarat Khas ini juga telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIRAMAL DI SEMBILAN NEGERI HINGGA 5 PETANG INI
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan...
SUSPEK AKTIF PECAH RUMAH DIBERKAS DI PAGI RAYA
AYER KEROH 30 Mac – Tindakan licik seorang lelaki tempatan yang aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak awal tahun ini...
RUMAH TERBUKA AYER MOLEK BAWA KELAINAN, JELAJAH 6 KAMPUNG
AYER MOLEK 30 Mac - Walaupun tidak dianjurkan dalam skala besar, namun Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
RM37.5 JUTA BAIK PULIH JALAN, LONGKANG DI MELAKA
AYER LIMAU 30 Mac - Sebanyak RM37.5 juta diperuntukkan bagi kerja membaik pulih jalan dan sistem perparitan di seluruh Negeri...
TRADISI REWANG SEMARAK RAYA ORANG TABOH NANING
TABOH NANING 30 Mac - Memasak tiga kawah dan satu periuk besar kari lembu menjadi mudah menerusi rewang yang bersempena...
MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI LENDU
LENDU 30 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dirasai...

