
Banjir: Dua PPS ditutup, mangsa semakin berkurangan
MELAKA 6 Jan – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah ditutup menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 418 mangsa.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China, Alor Gajah ditutup pada jam 2 petang tadi.
Katanya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Peringgit, Melaka Tengah pula ditutup pada jam 9.30 pagi tadi menjadikan semua PPS yang dibuka di daerah itu ditutup berikutan semua mangsa sudah pulang ke kediaman masing-masing.
“Setakat jam 4 petang tadi, hanya satu pusat pemindahan dibuka di daerah Alor Gajah iaitu PPS SK Belimbing Dalam yang menempatkan seramai 16 mangsa membabitkan empat keluarga.
“Bagi empat PPS di daerah Jasin iaitu PPS SK Parit Penghulu, SK Seri Mendapat, SK Chinchin dan SMK Sungai Rambai menempatkan keseluruhan mangsa seramai 402 mangsa daripada 107 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SENTUHAN KASIH MBMB UNTUK PENDUDUK DUYONG
DUYONG 15 Julai - Dua penduduk di Kampung Semabok dan Bukit Duyong tidak menyangka kepayahan hidup yang dialami mendapat perhatian...
WRUR DUYONG PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR
DUYONG 15 Julai - Seramai 50 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang kurang bernasib baik disantuni pada Program Ziarah...
131 ANAK AUTISME MELAKA LAYAK TERIMA SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN
DUYONG 15 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menyerdiakan peruntukan berjumlah RM65,000 sebagai bantuan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak...
DUA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU DIKENAL PASTI, PELAN TINDAKAN HOLISTIK DIAMBIL
PAYA RUMPUT 15 Julai - Dua punca utama telah dikenal pasti berkait dengan isu pencemaran Sungai Air Batu dan Sungai...
SATU NEGERI, SATU TABIKA KEMAS AUTISME TAHUN DEPAN
PAYA RUMPUT 15 Julai - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan satu tabika khas untuk kanak-kanak autisme di bawah...
WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH
DUYONG 15 Julai - Seramai 20 anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA) Durian Daun, di sini, diraikan bersempena sambutan...