Sorting by

×

MFH sasar jualan 3,000 kg Serunding Kampung Laut

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BUKIT KATIL – Melaka Finance House (MFH) Berhad menyasarkan penjualan sebanyak 3,000 kilogram (kg) Serunding Kampung Laut menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengurus Bahagian Keusahawanan dan Perantis E-Dagang MFH, Zaireey Zahidi berkata, produk baru diperkenalkan awal Januari lalu itu mendapat permintaan yang amat menggalakkan dengan 1,000 kg sudah dijual.

Zaireey berkata, selain serunding MFH turut mempromosikan makanan tradisional seperti dodok dan wajik yang dijangka turut mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan nanti.

“Kalau mahu dapatkan bekalan serunding daging atau ayam Kampung Laut tidak perlu lagi pergi ke Kelantan.

“Setakat ini maklum balas yang diterima daripada pelanggan amat positif, mereka berpuas hati dengan kualiti dan rasa serunding dibeli,” katanya.

Katanya MFH melakukan promosi besar-besaran dan amat mengalu-alukan mana-mana pihak berminat untuk menjadi ejen.

Jelasnya selain menawarkan pinjaman mikro MFH juga memainkan peranan dalam mempromosikan produk usahawan tempatan agar dapat dikembangkan lagi.

“Bila buat pinjaman dengan MFH secara tidak langsung kami bantu mereka daripada segi promosi dan ‘review’ makanan. Kami juga turun padang untuk melihat apa masalah usahawan dan bantu mereka.

“Ada situasi menang-menang yang mana usahawan bayar pinjaman dan kami akan cari pelanggan untuk mereka menjana pendapatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1478
Kongsi :
Previous post Dua beradik maut tidak sempat jamah donat
Next post Pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan lelaki dipukul hingga mati
Ubah saiz-+=