
Mohd Ridhwan tiba di pusat penamaan calon Parlimen Hang Tuah Jaya
AYER KEROH 5 November – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali tiba di pusat penamaan calon di Dewan Bestari, kira-kira jam 8.58 pagi tadi.
Beliau yang memakai baju melayu lengkap bersampin warna biru diiringi seorang pencadang dan penyokong untuk menyerahkan borang penamaan calon.
Sebelum masuk ke perkarangan pusat terbabit, Mohd Ridhwan diiringi ratusan penyokong parti itu dengan laungan ‘Allah Sayang BN’ dan takbir.

Manakala, calon mewakili Pakatan Harapan (PH), Adam Ali Abd Halim tiba di perkarangan dewan berkenaan kira-kira jam 8.57 pagi.
Manakala, calon mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Azrudin Md Idris tiba di perkarangan dewan bersama pencadang dan penyokong pada jam 9.05 pagi.
Sementara itu, calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh tiba di perkarangan dewan pada jam 9.07 pagi bersama pencadang dan penyokong.
Perkarangan pusat penamaan calon dihadiri wakil media terdiri pelbagai agensi seawal jam 7.40 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
