MPAG bersama masyarakat, usaha merakyatkan perkhidmatan awam
ALOR GAJAH 25 Januari – Sebagai usaha mewujudkan hubungan dua hala dan merakyatkan perkhidmatan awam, program kelolaan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bersama masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning telah diadakan pada Sabtu lalu.
Yang Dipertua MPAG, TPr Saifuddin Abdul Karim berkata program tersebut merupakan program bersama komuniti yang bertujuan untuk mendekati penduduk setempat.
Katanya, objektif program tersebut juga untuk mengeratkan hubungan bersama-sama kepimpinan setempat.
“Selain mewujudkan hubungan dua hala antara MPAG dan rakyat, pelbagai pengisian menerusi program yang dilaksanakan.
“Antaranya adalah Taklimat Asas Pembangunan DUN Taboh Naning oleh Pengarah Perancang Bandar MPAG, sesi dialog bersama masyarakat dan penyampaian sumbangan kepada penduduk DUN Taboh Naning.
“Bagi pihak MPAG, kita mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi terlibat yang turut bersama-sama mengadakan pameran dalam program ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi MPAG baru-baru ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Md Zin, Jurutera Daerah Alor Gajah, Ir. Mohd. Haidir Haron, Ketua Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah Alor gajah Mohd Hafidz Dain dan kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JAGA KUALITI HALAL – KM
BANDARAYA MELAKA 2 November -Â Sesuai dengan status Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan dunia, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MIHF’24 PERKUKUH MELAKA SEBAGAI HAB HALAL ANTARABANGSA
BANDARAYA MELAKA 2 November - Penganjuran Melaka International Halal Festival 2024 (MIHF'24) diyakini mampu memperkasakan lagi potensi negeri ini sebagai...
LTAM BERPOTENSI JADI HAB PENERBANGAN SERANTAU
BATU BERENDAM 2 November - Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) berpotensi menjadi hab penerbangan serantau bagi sebelah barat Indonesia. Ketua...
MELAKA MAHU AKTIFKAN SEMULA PENERBANGAN KE PEKANBARU
AYER KEROH 2 November - Kerajaan Melaka berhasrat mahu mengaktifkan semula penerbangan ke Pekanbaru, Indonesia selepas kluster pelancongan kesihatan di...
8 PASUKAN BERENTAP REBUT PIALA KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 2 November - Sebanyak lapan pasukan berentap dalam perlawanan bola sepak Sukan Melaka Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung...
PUNCAK LAKSAMANA MERCU TANDA BAHARU MELAKA
AYER KEROH 1 November - Puncak Laksamana kini menjadi mercu tanda baharu Melaka, sekali gus menjadi lokasi tumpuan buat penggemar...