
MPHTJ lupus pondok telefon usang, cacat pemandangan
AYER KEROH 16 Jun – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjalankan operasi mengalihkan pondok telefon awam yang usang dan terbiar dalam kawasan pentadbirannya pada Rabu lalu.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, tindakan itu diambil berdasarkan pemantauan dan semakan Jabatan Penguatkuasaan MPHTJ yang mendapati pondok telefon awam berkenaan tidak lagi berfungsi.

ANTARA pondok telefon awam usang yang dialihkan.
“Hasil pemantauan mendapati ada pondok telefon awam usang yang jika dibiarkan dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan orang ramai kerana lokasinya yang berhampiran jalan atau laluan utama.
“Operasi ini juga bertujuan untuk memastikan kawasan dalam pentadbiran MPHTJ kekal indah dan sentiasa terjaga,” kata kenyataan itu.
Operasi berkenaan turut mendapat kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA BILA LARUT MALAM MEMANG BERBALOI
AYER KEROH 6 April - Night Safari Zoo Melaka bersempena inisiatif Melaka Bila Larut Malam disifatkan sebagai tawaran yang sangat...
WRUR ASAHAN BELA KEBAJIKAN 113 KELUARGA MEMERLUKAN
ASAHAN 6 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menyantuni seramai 113 keluarga...
PBT MELAKA PERHEBAT AGENDA PELANCONGAN 2026
BANDA HILIR 6 April - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini memberi tumpuan kepada aspek naik taraf...
WRUR ASAHAN: MAIM SANTUNI, BANTU CANTIKKAN RUMAH ASNAF
ASAHAN 7 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) terus mempergiat usaha kebajikan dengan membantu...
‘JAMUAN AIDILFITRI MACHAP JAYA MERIAH MACAM BERAYA DI KAMPUNG’
MACHAP JAYA 6 April - Persekitaran Felda Hutan Percha yang masih kaya dengan ciri-ciri kampung tradisional selain pelita yang menyinari...
MBMB SAHUT GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT, CERIAKAN 250 WARGA BANDARAYA
BANDA HILIR 6 April - Seramai 250 orang dari 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya...
