Upah kupas jagung sara tiga anak

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

DURIAN TUNGGAL 16 Jun – Ibu tunggal mualaf bergantung kepada upah mengupas jagung untuk menyara keluarga mendapat perhatian Unit Kebajikan Mualaf, Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Menurut perkongsian Facebook rasmi MAIM wanita berkenaan Maria Abdullah, 41, menyara tiga anak berusia 12 bulan, enam dan lapan tahun.

Wanita berkenaan dan tiga anaknya kini berteduh di sebuah kediaman di Taman Nuri, atas belas ihsan majikan.

“Anak sulung Maria iaitu kanak-kanak perempuan juga tidak bersekolah kerana ibunya tidak berkemampuan.

“Pihak Balai Islam (MAIM) juga akan menyalurkan bantuan penuh kepada keluarga ini seperti makanan bulanan dan persekolahan,” katanya.

MAIM juga berusaha untuk mendapatkan rumah sewa lebih selesa untuk empat beranak itu dibawah Asnaf Mualaf.

WhatsApp Image 2023-06-16 at 3.56.19 PM (1)
KEADAAN rumah yang menjadi tempat mencari rezeki Maria sekeluarga.

Pada lawatan itu MAIM turut menyampaikan bantuan kecemasan kepada keluarga berkenaan membabitkan barangan basah, kering dan wang tunai.

Difahamkan, Maria menyara tiga anaknya yang masih kecil dengan mengambil upah mengupas jagung dengan bayaran RM0.90 sen satu kilogram.

“Alhamdulillah Maria sangat terharu dengan bantuan yang disalurkan oleh pihak zakat di bawah MAIM. Semoga Maria bersama anak-anaknya tabah dalam menjalani kehidupan dan akan terus mempertahankan akidah beliau sebagai seorang saudara baharu di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2288
Kongsi :
Previous post Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri 2023 catat RM2.5 bilion
Next post MPHTJ lupus pondok telefon usang, cacat pemandangan
Ubah saiz-+=