
MPHTJ ‘NYALAKAN’ SEMANGAT TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 12 Februari – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyemarakkan suasana dengan pemasangan hiasan tanglung dan lampu berwarna-warni di beberapa lokasi utama sekitar kawasan pentadbirannya.
Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, antara kawasan yang telah siap dihias adalah Bulatan Seri Negeri, Ayer Keroh manakala pemasangan hiasan di Malim masih dalam proses.
“Seperti biasa setiap kali musim perayaan, MPHTJ akan memastikan kawasan pentadbiran kita dihiasi dengan lampu dan tanglung bagi menceriakan suasana serta memberi kemeriahan kepada penduduk,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut beliau, Malim menjadi tumpuan utama pemasangan hiasan Tahun Baharu Cina berikutan majoriti penduduk di kawasan itu terdiri daripada masyarakat Cina.
“Setiap tahun, kawasan Malim memang menjadi kawasan tumpuan sambutan Tahun Baharu Cina. Sebab itu, lebih banyak hiasan lampu dipasang di kawasan tersebut bagi menambahkan lagi suasana perayaan.
“Usaha ini bukan sahaja mencerminkan kepelbagaian budaya, malah turut mewujudkan suasana harmoni serta menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati kemeriahan sambutan perayaan di kawasan MPHTJ,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DERITA ADIK UWAIS DAPAT PERHATIAN MAIM, YB DUYONG
DUYONG 30 Mac - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin itulah perumpaan paling tepat menggambarkan derita yang ditanggung...
MOT CADANG PINDA AKTA 333 WAJIBKAN PESALAH DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL BAYAR GANTI RUGI
PUTRAJAYA, 30 Mac - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta...
RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIRAMAL DI SEMBILAN NEGERI HINGGA 5 PETANG INI
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan...
SUSPEK AKTIF PECAH RUMAH DIBERKAS DI PAGI RAYA
AYER KEROH 30 Mac – Tindakan licik seorang lelaki tempatan yang aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak awal tahun ini...
RUMAH TERBUKA AYER MOLEK BAWA KELAINAN, JELAJAH 6 KAMPUNG
AYER MOLEK 30 Mac - Walaupun tidak dianjurkan dalam skala besar, namun Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
RM37.5 JUTA BAIK PULIH JALAN, LONGKANG DI MELAKA
AYER LIMAU 30 Mac - Sebanyak RM37.5 juta diperuntukkan bagi kerja membaik pulih jalan dan sistem perparitan di seluruh Negeri...
