
MPHTJ ‘NYALAKAN’ SEMANGAT TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 12 Februari – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyemarakkan suasana dengan pemasangan hiasan tanglung dan lampu berwarna-warni di beberapa lokasi utama sekitar kawasan pentadbirannya.
Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron berkata, antara kawasan yang telah siap dihias adalah Bulatan Seri Negeri, Ayer Keroh manakala pemasangan hiasan di Malim masih dalam proses.
βSeperti biasa setiap kali musim perayaan, MPHTJ akan memastikan kawasan pentadbiran kita dihiasi dengan lampu dan tanglung bagi menceriakan suasana serta memberi kemeriahan kepada penduduk,β katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut beliau, Malim menjadi tumpuan utama pemasangan hiasan Tahun Baharu Cina berikutan majoriti penduduk di kawasan itu terdiri daripada masyarakat Cina.
βSetiap tahun, kawasan Malim memang menjadi kawasan tumpuan sambutan Tahun Baharu Cina. Sebab itu, lebih banyak hiasan lampu dipasang di kawasan tersebut bagi menambahkan lagi suasana perayaan.
“Usaha ini bukan sahaja mencerminkan kepelbagaian budaya, malah turut mewujudkan suasana harmoni serta menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati kemeriahan sambutan perayaan di kawasan MPHTJ,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
