
MPJ KEKALKAN KEASLIAN, NILAI SENTIMENTAL BANDAR JASIN
SERI NEGERI 7 Februari – Meskipun Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) ketika ini giat melaksanakan transformasi digital namun pentabiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu tetap mengekalkan nilai sentimental dalam perancangan pembangunan sekitar daerah berkenaan.
Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, Pelan Tindakan Khas (PTK) Laman Seni @Jasin Street Art mentransformasikan lorong dan bangunan lama menjadi ikon baharu untuk menggamit lebih ramai pengunjung ke daerah itu.
“Setakat ini inisiatif itu melibatkan Lorong Seni Jasin dan Lorong Ngeteh yang menempatkan warung menjadi tumpuan warga Jasin untuk bersantai.
“Insya-Allah kita kekalkan keaslian dan nilai-nilai sentimental pada bangunan serta lorong sudah dikenal pasti. Usaha memberikan wajah baharu ini juga disusun agar sesuai dengan struktur bangunan dan persekitaran lorong,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Muhammad Zahiruddin berkata, lorong tersebut dilengkapi mural 3D, pencahayaan dan laluan pejalan kaki unik yang berpotensi menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
MESRA: MELAKA PERUNTUK RM150 JUTA SETAHUN BANTU ASNAF
AYER MOLEK 24 Mac - Sejumlah RM150 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan asnaf setiap tahun, kata Exco Pendidikan,...
NAIK ‘BOT KUDA BELANG’ DAPAT DISKAUN MASUK ZOO MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Mac - Zoo Melaka menawarkan diskaun 10 peratus untuk satu tiket kemasukan kepada pengunjung yang menaiki bot...
ISU LAMBAKAN SAMPAH AIDILFITRI DI BANDARAYA MELAKA TERKAWAL – MBMB
PAYA RUMPUT 24 Mac - Isu lambakan sampah sekitar Bandaraya Melaka sepanjang Aidilfitri tahun ini berjaya dikawal meskipun berlaku peningkatan...
KISAH TULAR PAGI SYAWAL UNDANG SEBAK, RAIS CAKNA HULUR BANTUAN
PAYA RUMPUT 23 Mac - Saat ramai bergembira menyambut Aidilfitri dengan pakaian baharu dan juadah istimewa, seorang bapa dari di...
15 KES BERKAITAN CUACA PANAS DILAPORKAN TAHUN INI, SATU KES KEMATIAN LIBATKAN KANAK-KANAK
PUTRAJAYA 23 Mac - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba...
